CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday, June 21, 2009

~ PART 2 ~


Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?


Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multi disiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial, jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastikan sama ada tumbesaran yang dihadapi oleh kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti.
Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mula pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belum pandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini.
Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Ada seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petitmal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

No comments:

Post a Comment