CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, November 7, 2009

~ Kisah Kasih 191106 ~



Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan

Isi hati penuh kejujuran

Dengan sepenuh keikhlasan

Ku dambakan pengertian


Jangan kau dengar fitnah dunia

Kerna ianya dusta semata

Menghancurkan kesucian

Jalinan kebahagiaan


Sebenarnya aku merasa

Sinar cahaya yang gemilang

Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan

Cinta berlandas keimanan

Dan kasih suci kitakan diberkati


Ku cuba sedaya

Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina

Kerna pasti aku

Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

‘Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga’

Tuhan berikanlah


Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku


Bersama mengharapkan


Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia

~unic~

( menghitung beberapa hari lagi ulang tahun perkahwinan kami yg ke 4...Syukur Alhamdulillah dipanjatkan pd Ilahi atas Nikmat Kurniannya ini...Doaku moga Allah SWT sentiasa merahmati rumahtanggaku...semoga dapat kuteruskan tanggungjawab sebagai Isteri dengan sebagaiknya...semoga usia perkahwinan yang menginjak setahun lagi ini akan bersinar dengan 'cahaya mata' yang dinanti.. ~amin ~)

Semoga 'Mahligai Kasih' Amiruddin Jaafar & Izu Hana Zilza Imran terus mekar mewangi sepanjang hayat...

- InsyaALLAH -





Monday, October 12, 2009

..................... ?

Salam...
Lame gak rasanyer tak berkesempatan nak 'menjengah' blog ni...Syawal pun masih berbaki beberapa hari jer lagi, mcm tu jga la ngan kusus yg tgh dihadapi nih...akhir2 waktu mcm ni, byk nak di selesaikan...ada rasa sedih, coz suasana blajar tu...rasa hepi pun der gak, ley jdi 'cikgu' semula...'mcm-mcm ada'...apa-apa pun study hard n smart sumer kwn2 yer...kita ke medan perang 9 & 10 Nov 09 ni yer...Insya-Allah

Salam
.:: syoknyer kalo dpt jd bebudak lik kan?cam 'putri masam' lam gambo ni kan?...hehehe ::.

Saturday, September 26, 2009

Raya...raya...raya...



"Posing di hari raya pertama bersama 'sayyarah' pinjam dari Yang Maha Pemurah"


"Kereta milik arwah abah (mertua) yang seusia dengan kelahiran kami"


"Pose bersama keluarga mertua di pagi raya"





Walaupun tersangat sedih tanpa abah tahun ni, tapi syukur Alhamdulillah dapat kami 'melenyapkan' sementara kesedihan bonda Zaliha..walau masih terbayang-bayang kegembiraan raya tahun lepas bersama arwah...Semoga Rohnya ditempatkan brsama org2 yang Beriman dan Beramal Soleh...

Sesungguhnya nikmat Allah SWT begitu mencurah-curah pd hamba-Nya...dalam keadaan kelam kbt saat2 terakhir pun, dpt gak cari baju raya sedondon thn nie...di penghujung jln balik ke kg plak tu...Syukur Alhamdulillah, thn dopan nak wat bju awai2 laa...




Friday, August 28, 2009

Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan



Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.

Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.

Seorang penyair berkata, maksudnya:

Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.

Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...

Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.

Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa.




Petikan dan Sumber:
Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Saturday, August 22, 2009

.: Ramadhan dan Tarawikh :.


KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIKH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 1
Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

Malam 11
Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".


Sumbangan Oleh: Menara Optometry Centre Sdn. Bhd.

Saturday, August 15, 2009

:::Rentetan 14 Ogos 2009:::

Pertama

Latihan Profesional (praktikum) ku di SKBTHO dah pun selesai...Alhamdulillah dapat gak kami berempat menyelesaikan praktikum ni...macam2 kenangan dah tersimpan, macam2 pengalaman dah belajar...Terima kasih buat warga SKBTHO terutamanya guru2 dan PPM prasekolah dan anak-anak prasekolah Bintang dan Mentari yang ditinggalkan...

Kedua

Salah seorang teman baikku semasa di SAM Paya Jaras telah pun selamat melahirkan putri kembar di Hospital Sungai Buloh...Tahniah Diana, nampakya thn dpn kena tambah lagi 2 ucapan bezday la yer...

Ketiga

Dengan tetibanya pas minum lik skolah td ktorg singgah kdai gambar...maklumlah arini baju ktorg sedonden la katakan, emmm apalagi gi la tangkap gambar bedua sattt

Keempat

Screen hset ku tercalar sket...aduh! tercalarnya ati...nasib sket jer calarnya...

Kelima

Hari ni aku naik pangkat...pangkat umoq daaa....ops! Hari Lahir aku upenya...28 da umoq,tua daaa...Alhamdulillah dapat lagi nikmat hidup, xtau bila perginya, semoga kuat dan sihat untuk beramal ibadah dan membuat kebaikan pada semua...

~ amin ~

Monday, August 10, 2009

:::Bila Al-Quran Mula Berbicara:::


Waktu engkau masih kanak-kanak...
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa......
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji..... ..
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah) .
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik 'favourite'mu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu..... ....
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.... .
kubur yang setia menunggu mu.......... .
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


(puisi yang amat2 menginsafkan dan bermakna ini telah di emailkan kpdaku oleh seorang teman...syukran ena, terasa terlalu ingin sangat dikongsi bersama2 sesiapa sahaja, moga kita mendapat iktibar darinya, renungkanlah...Yang Baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari diri ini sendiri )


Salam

Thursday, August 6, 2009

sambungannya...


7. Pendengar yang baik
Jika anak kecil ingin memperkatakan sesuatu, dengarlah apa yang ingin diperkatakan kepada anda. Ini kerana dia juga perlu tahu mengenai perkara seperti idea, perasaan, keinginan dan pendapat. Dengan cara ini membantu kanak-kanak merasa selesa dengan emosinya sendiri. Dia akan merasa gembira apabila percakapannya diberi perhatian.

8. Perbandingan
Jika kanak-kanak sudah boleh membandingkan dirinya dengan adik-adiknya atau teman-teman sebaya ini menunjukkan rasa harga dirinya.Cara ini membantunya belajar bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan dan dia tidak perlu menjadi orang lain untuk berjaya, sebaliknya menjadi dirinya sendiri.

9. Menyediakan galakan
Setiap kanak-kanak memerlukan sokongan penuh kasih sayang. Misalnya "Mama yakin adik boleh lakukan, teruskan sayang" Berikan galakkan bukan hanya memberikan ganjaran kepadanya tetapi melalui ucapan galakkan. Dia akan mengetahui kejayaan yang diperoleh hasil daripada usahanya sendiri.

10. Penonjolan diri
Memberi peluang kepada dirinya untuk menunjukkan kebolehan. Jika di tadika, da belajar membaca doa, cuba berikan tugas baru kepadanya untuk mengetuai bacaan doa makan apabila makan bersama keluarga. Cara latihan ini memberi rasa dirinya dihargai dan dipercayai. Penonjolan diri sperti ini membuatkan anak kecil ini merasakan pencapaian positifnya diterima ahli keluarga lain...

Semoga coretan ringkas ini dapat kita jadikan panduan bersama...


Salam

Sunday, July 26, 2009

~10 CARA BINA KEYAKINAN DIRI SI MANJA~


Bukan kita sebagai individu dewasa sahaja yang memerlukan keyakinan diri, tetapi 'anak-anak kecil' juga memerlukannya...bagaimana cara terbaik untuk membina keyakinan tersebut...?Jom kita hayati sama2 artikel yang saya petik dari majalah ni untuk panduan kita bersama yer...

1. MEMBERI KASIH SAYANG TANPA HAD
Perkembangan harga diri kanak-kanak sentiasa wujud apabila ucapan kasih-sayang sentiasa diucapkan kepadanya. Ucaplah "Mama/papa sayang adik". Sentiasa peluk, cium, dan menepuk pada bahu. Jangan lupa untuk memberitahu dia betapa dirinya disayangi.

2. MEMBERIKAN PERHATIAN
Kanak-kanak suka apabila dirinya diberi perhatian. Mereka merasakan dirinya begitu berharga kepada ibu bapanya. Sehubungan itu, anak kecil ini suka menunjukkan hasil kerjayanya kepada anda. Cthnya menunjukkan hasil lukisannya.Berikan pujian walaupun hasil kerjayanya tidak begitu menarik, tetapi pada masa yang sama katakan, jika dia berusaha lagi hasil kerjayanya akan menjadi bertambah baik.

3. MENGAJAR HAD-HAD
Mewujudkan beberapa peraturan munasabah kepada anak kecil ini. Misalnya, memberitahu jangan makan di dalam bilik sebaliknya hanya dibenarkan di dapur untuk menjaga kebersihan bilik. Begitu juga pakaian kotor, sediakan bekas khas untuk si kecil mudah memasukkan pakaian kotor. Katakan sikap suka sepahkan pakaian adalah skap yang tidak elok. Lakukan secara konsisten supaya dia memahami had-had yang dajar kepadanya.

4. GALAKKAN PENEROKAAN
Menggalakkan anak kecil melakukan penerokaan baru dalam dirinya.Misalnya mencuba permainan baru atau pergi ke taman untuk dia bermain. Apabila anak kecil ini cuba melakukan penerokaan baru, jangan mudah menawarkan diri untuk membantunya. Cara ini mengurangkan rasa keyakinan dalam dirinya. Biarkan dia melakukannya sendiri. Dia tidak akan jemu mengulangi penerokaannya sehingga dia berjaya. Sikap ingin tahu dalam diri kanak-kanak begitu tnggi maka sudah pasti dia ingin melakukannya dengan sendiri.

5. MEMBIARKAN KESILAPAN2 TERJADI.
Kadang kala membiarkan anak kecil melakukan kesilapan adalah satu keperluan. Ini adalah pengajaran bernilai untuk keyakinannya. Supaya dia akan berfikir setiap manusia tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan menerima hakikat akan kelemahan dirinya. Tindakan akan membantu mengelak dirinya berasa kurang yakin apabila dia melakukan sebarang kesilapan.

Lagi 5 kena tunggu episod seterusnya yer...tunguuuu


Salam

Tuesday, July 21, 2009

Pemantapan Penguasaan BI Bakal Bermula Di Prasekolah???

Prasekolah jadi sebahagian sistem pendidikan kebangsaan

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat menjadikan prasekolah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan sebagai satu daripada usaha memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar dari peringkat awal persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui usaha itu, guru-guru terlatih dalam Bahasa Inggeris akan dibekalkan ke sekolah-sekolah tersebut bagi meningkatkan pembelajaran bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata usaha itu pada dasarnya telahpun dipersetujui namun belum tahu bila akan dilaksanakan, dan ia juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mewajibkan kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau di peringkat pra sekolah kita boleh memasukkan satu tempoh jangka waktu (pembelajaran BI) yang sesuai dengan guru yang terlatih mungkin tidak sampai enam tahun (sekolah rendah), dalam masa dua tiga tahun sahaja sudah pasti boleh kita kuasai.

dipetik dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090721121302/Article/

::: SaTu KeTeNaNgAn:::




........Alhamdulillah Segala Puji di Rafa'kan hanya pada Mu Ya Allah.....
Satu perkara selesai sudah buat masa ni...semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk menyelesaikan perkara atau amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk kita semua...

Syukur Alhamdulillah, Allah telah membantu dengan mempermudahkan segala semasa sessi P&P ku di 'observe' kemarin...Bedebarnya ngalahkan mcm tak penah ngajar plak...huhu

Salam

Saturday, July 18, 2009

~ pening...peninggg ~




Salam...




Pening..? naper...? Keje banyak? yer juga... Tak cukup rehat? yer juga...Tension? ada la sket2...


Isnin depan Pn Che Mah, pensyarah pembimbing nak datang observe...alamah cuak jugak...kalo ingat dialog Pn Che Mah masa datang Jumaat lepas, risau jugak ati ni..."Ala izu ni, mmg cikgu pra kan?"...


Hah..camner tu, di buatnya ada yang tak betul aku buat Isnin nanti...adeh abis la. Tapi tak per la, kita hanya manusia yang mampu 'merancang'...apa yang terjadi selebihnya tu, urusan Allah Yang Maha Esa. jadi tugas dan tanggungjawabku, cuba la buat yang terbaik kan..?InsyaAllah..


Harap dengan bantuan Cikgu pra Pn Fatimah Sham dan PPM Pn Rohana, dapat la segalanya berjalan lancar.


Yang pentingnya kerjasama aku dan kak ita rakan se'praktikum' ku, nak ngajar, nak cari bahan kajian kes, nak wat bahan projek khas dengan anak-anak pra lagi..emm selagi masih diberi peluang hidup, selagi tu laa kita manusia ni akan sentiasa dikelilingi macam-acam perkara...cuma beruntung dan bersyukur lah kita pada ilahi kerana anugerah ISLAM pada kita...Bersolat...berdoa...berzikir...Al-Quran...semuanya dapat menenangkan hati yang gundah gulana...kan?
Salam

Tuesday, July 7, 2009

Hari Pertama Di SK Bandar Tun Hussein Onn

Salam...

Inilah antara ragam yang sempat ku abadi sempena hari pertama menjalani latihan profesional atau senag citer 'praktikum' jer. Walaupun kawan2 yang lain dah masuk hari kedua, tapi kami di SKBTHO baru nak jalani hari pertama disebabkan Isnin lalu sekolah bercuti sebab baru selesai acara sukan tahunan. Tapi jangan tak tau kami berempat(noni, ena, kak ita) pergi jugak sekolah utk lapor diri.

Tak banyak sangat apa yang di jalani pada hari pertama, proses yang jadi kebiasaan guru-guru praktikum, suai kenal dengan pentadbir, perbincangan dengan guru prasekolah dan ada la juga ramah mesra ngan anak-anak yang comel di prasekolah..

Lain rasanya bila dah dekat hampir 7 bulan tinggalkan sekolah dan alam 'mengajar' ni...teringat plak ex-anak2 murid ku di pangsun, rindu sangat...Doakan segalanya berjalan lancar untuk kita semua...Bagi diri saya sendiri apa yang lebih dirasakan penting dalam menjalani latihan profesional ini bukan semata-mata untuk mengejar kecemerlangan sendiri, tapi TANGGUNGJAWAB mendidik dan mengasuh anak-anak prasekolah yang ALLAH telah AMANAHKAN kepada kita walau hanya untuk tempoh 6 minggu...Banyakkanlah memberi kepada mereka dan redhalah dengan apa yang kita terima dari mereka...Semoga segala usaha kita diberkati DIA yang MAHA ESA...InsyaALLAH

~AMIN~


Thursday, July 2, 2009

~ Peringatan Daripada Si Comel ~




usah terlalu manjakan saya

usah takut bersikap tegas terhadap saya

usah biarkan saya membentuk tabiat buruk

usah memperkecil-kecilkan saya

usah menunjukkan kesalahan saya di depan orang

usah samakan kesalahan saya dengan dosa

usah melindungai saya dari perbuatan yang mendatangkan akibat buruk

usah bimbang apabila saya kurang sihat

usah kerap sangat meleteri saya

usah lupa saya kurang bijak untuk menyatakan hasrat saya

usah membuat janji yang tergesa-gesa

usah paksa saya menunjukkan kejujuran

usah selalu bertukar-tukar sikap

usah memperbodoh-bodohkan saya apabila saya takut

usah tidak mengendahkan pertanyaan saya

usah mengaku ibu dan ayah serba sempurna

usah berasa hina hendak meminta maaf kepada saya

usah lupa yang saya ni cepat membesar

usah lupa saya suka mencuba

usah lupa saya perlukan banyak kasih sayang dan persefahaman untuk membesar dengan sempurna

usah samakan keadaan ibu dan bapa dengan keadaan saya

usah lupa menngingatkan saya untuk beribadah dan berdoa
Salam

Wednesday, June 24, 2009

Berehat Seketika....


Salam...
Sedap tul air ni...teh ais juga namer dia, tapi tambah sket..teh ais 3 rasa tuuu, rasa dier?pergh sodap tol. Risik r kat mamak tu per resepinyer...Upenyer yang itam bawah tu guler mlaka.Patut r, da mcm cendol plak..hehehe
Alhamdulillah, ada rezeki tekak ni dapar rasa air sedap2 lagi....Syukur Alhamdulillah dengan limpah Nikmat Allah SWT pada kita semua...
Salam

Sunday, June 21, 2009

~ PART 2 ~


Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?


Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi, pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist). Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang bercorak multi disiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine), sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,) embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial, jurulatih cara kerja dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu memastikan sama ada tumbesaran yang dihadapi oleh kanak-kanak itu disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti.
Pakar tersebut juga akan menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang memerlukan rawatan . Contohnya iailah seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang dikatakan lembab .Dia mula pandai berjalan hanya pada usia dua tahun serta masih belum pandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk memastikan keadaan ini.
Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak . Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak -kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .

Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan lambat atau tidak akan dirawat langsung . Ada seorang kanak -kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG ) menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petitmal epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik darjah .

~ PART 1 ~




MENILAI KANAK-KANAK PRASEKOLAH YANG LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masa masa lalu. Bilngan anak dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan usia tiga hingga lima tahun (pra sekolah ) lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah diikenal pasti oleh ibu bapa sebelum anak menjangkau usia tiga tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan , rencat akal yang teruk serta cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentanganak mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum , bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak -kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepadaa dua kumpulan dan diuji daya intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan (enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi , bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak -kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji inteleknya . DDidapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu.

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar -pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Monday, June 15, 2009

Bermula Kembali....


Selamat kembali ke sekolah...ada yang mungkin bersorak 'Horayyy!' atau ada juga yang sebut...mmmm malasnyer...?Tepuk dada tanya diri sendiri yer 'murid-murid' and 'cikgu-cikgu' yeee...

Tapi yang syoknyer...hehehe cuti ku masih berbaki 6 hari lagi ni, isk!isk! seronotnyer...seronok tu seronok juga tapi assg kena settle awal2 ni. Citer bab buka sekolah ni, teringat plak bekas anak2 kecil yang dah setahun ku tinggalkan tu. Pe la khabarnya budak2 tu yer...mesti pepagi camni der yang monyok jer muka dtg sekolah, ye lah dah sedap cuti lamer. Cuti der lagi ni, de 'can' wat lawatan sosial jenguk bebudak tu...emm, bila nak gi yer...? (*_*)


Apa-apa pun 'Selamat Kembali Ke Sekolah' untuk semua pendidik dan anak didik...



~ aReNa ~


Part 2


hehe...bukan niat nak menunjuk ker apa ni yer. Jangan salah faham tau.. Saje menyeronokkan hati sendiri. Hadiah untuk diri sendiri la katakan..

Thursday, June 4, 2009

Terkini..



Part 1

Hehe..dpt gak nak meng'edit' blog ku ini walaupun sket2...dunia tnpa btsn la ktakan,'pinjam' je wifi kt KFC ni..tgh syok2 bru nak update blog,tetiba bteri laptopku kong la plak,ngan plug kat KFC ni xleh pkainyer..TAPI..jeng3..cmner akhrnya blogku ini dpt jga di updatekan..hehe..tunggu gambonyer ek..hanya dhujung jari..

Thursday, May 21, 2009

Haaa...ni lagi sorang ahli 'pembuat' ulau...cikin yang tomey..hehehe...tak siap lagi ulaunya ek?


'Ulau o ulau'


Kak Lia yang cun tengah menyiapkan boneka ular yang cantik tu...nak tgk hasilnya...?tunguuuu