Mahligai Kasih
Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan
Sebenarnya aku merasaSinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati
Ku cuba sedayaAgar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
‘Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga’
Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia~unic~
( menghitung beberapa hari lagi ulang tahun perkahwinan kami yg ke 4...Syukur Alhamdulillah dipanjatkan pd Ilahi atas Nikmat Kurniannya ini...Doaku moga Allah SWT sentiasa merahmati rumahtanggaku...semoga dapat kuteruskan tanggungjawab sebagai Isteri dengan sebagaiknya...semoga usia perkahwinan yang menginjak setahun lagi ini akan bersinar dengan 'cahaya mata' yang dinanti.. ~amin ~)
Semoga 'Mahligai Kasih' Amiruddin Jaafar & Izu Hana Zilza Imran terus mekar mewangi sepanjang hayat...
- InsyaALLAH -
Salam.. Izu
ReplyDeletePenghargaan yang saya beri kerana Izu ada berkongsi dengan kawan-kawan bagaimana menyediakan blog dengan layout, latar serta widget. Dari segi kandungan blog, saya rasa ianya sudah mulai menjurus kepada hal-hal peribadi. Namun tidak mengapa kalau Izu tidak kisah berkongsi hal tersebut.
Saya harap Izu dapat tambahkan isi kandungan blog ini dengan hal-hal prasekolah kerana, saya akan buka blog yang akhtif seperti ini untuk dijadikan contoh dalam P&P. Izinkan saya. Terima kasih.